Tuesday 6 November 2012

KUIH ABUK-ABUK SAGU



Ini adalah gambar gambar bagi menerangkan cara-cara untuk membuat kuih abuk-abuk . 
Pertama sekali , chef kami iaitu Puan Suriyani menerangkan cara-cara dan bahan yang perlu ada untuk membuat kuih ini .










Bahan-bahan:
  • 250 gm sagu ( berwarna atau pun warna putih )
  • 220 gm kelapa parut - diambil yang putih sahaja
  • 1/2 sudu teh garam
  • 180 gm gula melaka - dihiris
  • Daun pisang - dipotong saiz 16cm x 28sm dan dibentukkan kon (sematkan dengan pencungkil gigi yg dipotong 3 )








Basuh sagu terlebih dahulu dan letakkan di dalam tapisan . 





Gaulkan kelapa parut dan 1/2 sudu teh garam . Kemudian tambahkan sagu dan gaulkan keseluruhannya
sehingga rata . 




Ambil kon , masukkan 1 sudu besar sagu dan tekan hingga ke dasar kon .



Letakkan sedikit gula Melaka . Kemudian tambahkan lagi sagu sebanyak 2 sudu besar .



Tutup bahagian bawah kon dengan kemas dan susun di dalam pengukus . Lakukan langkah 3 & 4 sehingga semua adunan habis . 






Kukus sehingga masak selama 15 - 20 minit 















P/S : Jika tidak menggunakan daun kelapa, anda juga boleh gunakan loyang untuk mengukus. Letakkan selapis adunan sagu di dasar loyang, kemudian gula melaka dan tutup dengan adunan sagu lagi. Kukus sehingga masak . Selamat Mencuba :) Insyallah menjadi . 

No comments: